takaful

Jika mahu hidup bebas dari hutang dan kesempitan wang, hiduplah dibawah kemampuan dan hidup dengan ringkas.

Berlebih itu pembaziran dan pembaziran itu amalan syaitan.

Tak susah untuk hidup ringkas, kita hanya perlu:

#1. Jangan ikut orang
Jaga tepi kain sendiri. Tak perlu ikut orang. Jika Milah nak pakai LV, biarlah. Kita masih boleh pakai Bonia. Kenapa perlu bersaing dengan orang? Duit dia, hal dia. Duit kita hal kita.

#2. Jauhi diri dari Kad Kredit
Orang kata, kad kredit itu ada baiknya. Kalau pandai bayar tepat masanya, boleh dapat pulangan tunai! 

Ya betul! Tetapi ingat, hakikatnya wang tersangatlah mudah untuk keluar tetapi sangat susah untuk masuk. Begitu juga dengan hutang kad kredit.  Ambil kad kredit sebenarnya memberi peluang untuk kita mula berjinak-jinak untuk membina hutang.

Bila tiada masalah, jangan cari masalah.

#3. Kenalpasti Keperluan & Kehendak
Masih ramai yang membayar perkara yang tidak digunakan. Bayar siaran berbayar tapi cuma menonton kurang 2 jam seminggu. Bayar keahlian gym, tapi pergi sekali sebulan dan kadang kala tak pernah pergi. 

Pembayaran tersebut boleh dihentikan dan gantikan kepada alternatif lain. Bersenam di taman dan sebagainya. Paling senang, jangan ikut orang.


#4. Pantau perbelanjaan
Mula dengan menyediakan sebuah buku nota kecil, setiap perbelanjaan catitkan bila dan jumlahnya. Setiap pembayaran yang dilakukan, simpan resit. Kemudian dari situ boleh lihat mana yang patut dan tak patut untuk dibelanjakan. Kemudian elakkan dari berbelanja untuk perkara yang tak perlu.

Selain itu, dengan mencatitkan jumlah harga sesuatu barangan boleh menjadikan anda seorang pembeli yang bijak!

#5. Jaga masa 
Jangan buang masa. Masa itu emas. Masa dan wang adalah dua sumber yang paling berharga. Wang boleh dicari tetapi masa tidak boleh dicari. Setiap manusia ada 24 jam sehari. 

Jangan tunggu lagi. Mula sekarang!

HIDUP INI MUDAH, TETAPI KITA YANG SERING MENJADIKANYA SUSAH.

Fadhliyansah Hj Saipul