takaful

Emergency Cash Account / Akaun Tunai Kecemasan

Terdapat dua soalan yang sering saya ajukan kepada ramai orang.

  1. Adakah anda setuju bahawa semua orang boleh hidup tanpa perlindungan takaful?

Ramai yang menjawab, Ya! Boleh.

Seterusnya saya bertanya lagi,

  1. Adakah anda bersetuju bahawa semua orang boleh hidup tanpa pendapatan/gaji (income)?

99.9% menjawab, tidak.

Hal ini kerana setiap orang memerlukan wang untuk membayar komitmen seperti rumah, kereta, kos belanja sekolah anak, simpanan dan kos-kos lain.

Namun begitu, kebanyakan orang tidak mempunyai wang yang cukup apabila situasi kecemasan terjadi kepada mereka.

Ini adalah hakikat kehidupan.

Adakah anda pernah mendengar mengenai Emergency Cash Accout (ECA)?

Apabila seseorang itu didiagnos dengan penyakit kritikal, mereka akan menghabiskan banyak masa untuk dirawat.

Fokus kepada pekerjaan atau berniaga akan berkurang. Secara automatik pendapatan mereka akan terhenti.

Lebih buruk lagi, mereka terpaksa menggunakan wang simpanan dan menjual aset untuk meneruskan kehidupan.

Saya sering berkongsi kepada ramai orang bahawa ECA adalah satu jalan penyelesaian terbaik yang boleh memastikan bagaimana kita semua boleh mendapatkan semula ‘gaji / pendapatan’ pada masa yang betul-betul diperlukan.

ECA berfungsi ketika seseoran itu terjejas dengan penyakit kritikal.

Sejumlah wang tunai yang bersamaan dengan 3 hingga 7 tahun jumlah pendapatan akan dimasukkan ke dalam akaun bank mereka.

Wang ini boleh digunakan untuk membayar hutang, melunaskan komitmen dan boleh bertahan sehingga satu tempoh masa yang lama jika diuruskan dengan betul.

Wang ini juga tidak dikenakan cukai, malah penyumbang boleh mendapatkan potongan cukai.

Berikut merupakan formula bagaimana untuk menyediakan simpanan di ECA.

Contoh:

Seseorang yang berusia 30 tahun, dengan pendapatan RM5,000 sebulan.

Gaji tahunan = RM5,000 x 12 bulan = RM60,000

Seperti yang disarankan, target simpanan ECA hendaklah berjumlah daripada 3 hingga 7 tahun jumlah pendapatan seseorang.

Oleh itu, jumlah yang akan dihasilkan melalui ECA adalah sebanyak RM180,000 sehingga RM420,000, bergantung kepada sumbangan tahunan/bulanan yang dilakukan.

Untuk menyediakan jumlah simpanan sebanyak RM180,000 mereka yang berusia dibawah 30 tahun hanya perlu menyumbang maksimum RM3,600 setahun atau RM300 sebulan ke dalam akaun khas ECA tadi.

Setakat ini, tiada lagi instrument yang mampu menggantikan konsep simpanan di Emergency Cash Account.

Jika anda memerlukan penerangan yang lebih lanjut, anda boleh menghubungi saya di +60143607929 sekarang.

Fadhliyansah Hj Saipul