KENALI KAMI

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Kami mendoakan agar anda semua sentiasa berada di dalam keadaan yang sihat dan bahagia.

Fadhliyansah Hj Saipul & Nor Farha Hj Zubair merupakan Pasangan Pakar dalam Perancang Takaful dan Kewangan yang telah membantu lebih 150 individu dan lebih 50 buah keluarga.

Tahukah anda?

Anggaran hanya 34 daripada 100 orang Rakyat Malaysia dilindungi takaful/insurans.

Kami amat komited dalam memastikan lebih ramai Rakyat Malaysia dapat menguruskan kewangan dengan mempunyai portfolio perlindungan Takaful yang terbaik.

Takaful adalah yang terbaik untuk memastikan kewangan anda berada dalam keadaan yang selamat dan terjamin disaat perkara yang tidak diingini berlaku.

Sila hubungi kami sekarang, kerana anda dan keluarga anda berhak untuk mendapatkan hanya yang terbaik.

KERJASAMA KAMI

— PRUDENTIAL BSN TAKAFUL BERHAD

Ditubuhkan pada 2006, PruBSN hari ini merupakan pengendali takaful terulung di Malaysia yang menyediakan jaminan kewangan untuk rakyat Malaysia serta keluarga mereka. PruBSN memiliki lebih 16,000 perunding takaful yang berkhidmat untuk lebih 800,000 pelanggan dan sejak 2011, PruBSN merupakan Pengendali Takaful Keluarga Nombor 1 dan pada 2017, PruBSN mencapai Pengeluaran Perniagaan Baru berjumlah RM467.5 juta dengan 31% bahagian pasaran seperti yang telah disahkan oleh agensi penarafan industri, Insurance Services Malaysia.

— PRUDENTIAL ASSURANCE MALAYSIA BERHAD

Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1924. Bagi tahun kewangan 2018 yang berakhir pada 31 Disember 2018, PAMB mencapai jualan perniagaan baru sebanyak RM1.5 bilion. Jualan perniagaan baru termasuk jualan insurans hayat dan sumbangan takaful. 

— SIXMA GROUP & ASSOCIATES

SIXMA Group & Associates merupakan sebuah agensi Perancangan Kewangan dan Takaful yang telah ditubuhkan sejak 2009. Sehingga kini SIXMA Group mempunyai lebih 1000 orang Perancang Kewangan dan telah menguruskan lebih puluhan ribu polisi Takaful di seluruh Malaysia.